Pages

BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

*Nama:
*Email Address:
*Telefon No:

UNTUK TEMPAHAN SILA NYATAKAN:

<JENIS KURSUS><BILANGAN PESERTA><BILANGAN HARI>

Tempahan / Pertanyaan:

(* ) ruangan wajib diisi.

Terima kasih kerana berurusan bersama rnrdesaputra.blogspot.com , Pihak kami akan menghubungi anda melalui email @ telefon bagi maklum balas. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

En Jemali: 019 -2365106

En Aswadi : 019-7780382

En Aswan : 019-3136566

Form provided by Freedback.

Tuesday, April 13, 2010

Updated:-Terma dan Syarat Memancing di Kolam R&R Desa Putra

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan para pemancing dan rakan taulan yang dihormati, mulai 1/4/2010 kolam pancing udang galah R&R Desa Putra telah meminda terma dan syarat terdahulu bagi menyesuaikan dengan kehendak pelanggan. Komen yang membina, kritikan dan idea idea bernas yg telah disumbangkan oleh rakan pemancing, sahabat handai dan rakan rakan telah diambil kira dan kami amat menghargainya. Diibaratkan kanak kanak yang baru belajar, banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan kami berazam akan terus memberikan perkidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Restoran R&R Desa Putra akan beroperasi sepenuhnya pada 3/5/2010. Pastinya, menu istimewa menanti anda. Jaminan kepuasan untuk pelanggan. Dijemput datang..

Terma dan Syarat terbaru memancing di kolam R&R Desa Putra adalah seperti dibawah:


1) Bermula daripada 1/4/2010, deposit RM30.00 dikenakan bagi setiap joran. Waktu operasi kolam adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang perubahan:

Isnin – Jumaat : 4.00 petang – 1.00 pagi

Sabtu – Ahad : 9.00 pagi – 1.00 pagi

Kaunter akan ditutup 15 minit pada waktu solat Maghrib. Pemancing akan diberikan 15 minit PERCUMA untuk menunaikan solat.

2) Kadar bayaran yang dikenakan untuk sekali masuk adalah seperti dibawah :

1 Jam = RM 15.00

2 Jam = RM 28.00 ( Jimat RM2.00)

3 Jam = RM 40.00 (Jimat RM 5.00)

4 Jam = RM 50.00 (Jimat RM10.00)

Tambahan jam seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 per jam.

3) 8 jam masa terkumpul akan diberikan 1 jam percuma. Syarat pancingan mestilah minimum 4 jam setiap sesi.

4) Pemancing diberikan 5 minit untuk mengemaskan alatan memancing dan “check out”. Bayaran tambahan masa akan dikenakan seperti dibawah:

Pancingan kurang 4 jam:

1 minit – 5 minit : PERCUMA

6 minit – 15 minit : RM 3.50

16 minit – 30 minit : RM 7.00

31 minit – 45 minit : RM 10.50

46 minit ke atas akan dikira 1 Jam penuh.

Pancingan lebih 4 Jam:

1 minit – 5 minit : PERCUMA

6 minit – 15 minit : RM 2.50

16 minit – 30 minit : RM 5.00

31 minit – 45 minit : RM 7.50

46 minit ke atas akan dikira 1 Jam penuh.

5) Pemancing dibenarkan membawa joran sendiri. Joran untuk disewa ada disediakan

RM 2.00/joran. Kumbu disediakan secara PERCUMA. Pemancing perlu memulangkan joran yang

disewa dan kumbu ke kaunter bayaran dalam keadaan baik semasa hendak “Check –Out”.

Pemancing yang menghilangkan atau merosakkan alatan pancing mesti membayar ganti rugi

seperti dibawah:

Joran = RM 10.00

Kumbu = RM 12.00

6) Hanya penggunaan 2 mata kail maksimum dibenarkan. Pemancing yg didapati melanggar

syarat akan diminta beredar dan wang deposit tidak akan dipulangkan.

7) Umpan hati ayam akan disediakan kepada pemancing secara PERCUMA. Umpan tambahan

akan dikenakan bayaran RM0.50/ketul

8) Penggunaan umpan diperbuat daripada BELACAN adalah DILARANG sama sekali.

Pemancing yg melanggar syarat akan diminta beredar dan wang deposit tidak akan dipulangkan.

9) Pemancing yg berjaya menaikkan udang bertanda akan diberikan hadiah seperti di bawah:

Merah : RM50.00

Biru : RM30.00

Kuning: RM10.00

Merah+Biru : Free 3 jam

Biru+Kuning : Free 2 jam

10) Bayaran sebanyak RM 2.00. dikenakan untuk penyertaan Jackpot (berat terkumpul bulanan ). 3 pemenang utama bulanan akan mendapat hadiah istimewa dan akan diumumkan pada hari Sabtu malam minggu pertama bulan berikutnya.

11) Para pemancing tidak dibenarkan turun ke dalam kolam. Sebarang masalah, sila maklumkan kepada kakitangan yang bertugas.

12) Utamakan keselamatan. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang insiden disebabkan kecuaian pemancing dan pelawat. Diharap, para pemancing dapat mengambil berat keselamatan semasa memancing.

SELAMAT MEMANCING

Arahan,

Pengurusan ,

Sepit Biru Resources

SELAMAT MEMANCING....