Pages

BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

*Nama:
*Email Address:
*Telefon No:

UNTUK TEMPAHAN SILA NYATAKAN:

<JENIS KURSUS><BILANGAN PESERTA><BILANGAN HARI>

Tempahan / Pertanyaan:

(* ) ruangan wajib diisi.

Terima kasih kerana berurusan bersama rnrdesaputra.blogspot.com , Pihak kami akan menghubungi anda melalui email @ telefon bagi maklum balas. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

En Jemali: 019 -2365106

En Aswadi : 019-7780382

En Aswan : 019-3136566

Form provided by Freedback.

Monday, March 29, 2010

Sekitar Majlis Pembukaan RnR Desa Putra pada 27/3/2010






Hari Pembukaan RnR Desa Putra pada 27/3/2010

Alhamdulullah..bersyukur kepada hadirat Ilahi kerana dgn iziNya dan rahmatNya, majlis perasmian RnR Desa putra telah dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran amat memberansangkan dan boleh dikatakan diluar jangkaan. Dengan promosi yg agak masih diperingkat awal, para pemancing telah menyerbu kolam pada awal hari seihingga ke lewat malam. Ucapan terima kasih kepada saudara mara, rakan-rakan, sahabat handai, orang kampung dan semestinya kepada para pemancing.

Untuk pengetahuan
, kolam pancing RnR Desa Putra beroperasi seperti dibawah:

Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 1.00 pagi
Isnin- Jumaat : 4.00 petang - 1.00 pagi.

Lokasi: RnR Desa Putra, Sungai Merab Dalam. Berhadapan masjid Al-Iman Desa Putra. 5 minit dari Alamanda Putrajaya.
Coordinates: 2°54'46"N 101°43'28"E

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi:

En Wadi : 019 7780382
En Jemali : 019 2365106
En Wan : 019 3136566


Sekali lagi terima kasih kepada semua..Yg belum menjenguk kolam lagi..jemput laaa....Apa tunggu lagi..




Tuesday, March 23, 2010

Informasi Yang Perlu Tahu Bila Memancing di Kolam Sepit Biru

1) Deposit dikenakan sebanyak RM50.00 per joran yg digunakan untuk memancing.

2) Kadar bayaran yg dikenakan adalah seperti dibawah:

1 Jam = RM 15.00

2 Jam = RM 28.00 ( Jimat RM2.00)

3 Jam = RM 40.00 (Jimat RM 5.00)

4 Jam = RM 50.00 (Jimat RM10.00)

Tambahan jam seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 per jam.


3) Loyalty Package:-Pemancing yang melengkapkan 4 Jam pancingan berterusan layak menerima satu cop pengesahan pada kad keahlian. Pemancing yg telah memenuhkan kad keahlian ( 4 kali pancingan berterusan) akan diberikan 2 jam memancing percuma.

4) Introducer package:- pancingan percuma selama 1 jam kepada pemancing yg membawa hanya 2 orang kawan dengan pancingan minimum 3 jam berterusan.

5) Hadiah menarik menanti untuk pemenang udang bertanda, jackpot dan cabutan bertuah.

6) Umpan hati ayam disediakan secara percuma. Tambahan akan dikenakan bayaran RM2.00 seketul. Umpan perumpun ada dijual..Umpan Belancan, sama sekali dilarang..sila simpan belacan tue untuk kegunaan isteri anda membuat sambal belacan...heheehe

7) Pemancing dibenarkan membawa joran sendiri.Hanya penggunaan kumbu kolam ygang dibenarkan. Penggunaan 2 mata kail maksimum dibenarkan. Pemancing yg didapati melanggar syarat menggunakan mata kail melebihi had yg dibenarkan akan dikenakan denda. Pemancing akan diminta beredar dan deposit RM50.00 tidak akan dipulangkan

8) Joran untuk disewa ada disediakan. Setiap joran yg disewa akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00. Penggunaan kumbu daripada kolam tidak akan dikenakan sebarang pembayaran .Pemancing haruslah memulangkan joran yang disewa dan kumbu ke kaunter bayaran dalam keadaan baik semasa hendak “Check –Out”.

9) Yang paling penting..UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA SEMASA MEMANCING.


APA LAGI..MAI LA PANCING DI KOLAM SEPIT BIRU..JOMMM...


Sekian, Terima Kasih.


Sepit Biru.




Saturday, March 20, 2010

PEMBUKAAN RASMI KOLAM PANCING UDANG GALAH DAN RnR DESAPUTRA 27/3/2010


PEMBUKAAN RASMI 27/3/2010

Alhamdullillah..Bersyukur ke hadirat Ilahi yg memberi kekuatan, semangat dan memudahkan urusan hambanya yang hina ini. Setelah berusaha keras untuk menjayakan projek ini selama lebih kurang 5 bulan lamanya, akhirnya Kolam Pancing Udang Galah dan RnR Desaputra dengan secara rasminya akan dibuka pada 27/3/2010 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1431 Hijriah. Segala perit getir, susah-senang semasa projek dijalankan telah dilalui bersama sama. Bak kata pepatah Melayu " Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing". Walaubagaimanapun, sekali lagi, syukur ke Hadirat Ilahi yg telah memudahkan segala urusan yg dilakukan oleh hambanya.


Untuk pemberitahuan, saudari dan saudari dijemput hadir ke Majlis Pembukaan Kolam Udang Desaputra dan RnR Desaputra. Jamuan ringkas akan diadakan sebagai tanda kesyukuran dan ucapan Terima Kasih kepada saudara keluarga, sahabat handai, pekerja-pekerja dan rakan rakan pemancing yang sentiasa memberi semangat dikala ia amat diperlukan. Majlis Pembukaan adalah seperti di bawah:

Pembukaan Rasmi:

Masa: 8.00 a.m hingga 11.00 a.m ( Jamuan ringkas disediakan )
Tarikh: 27/3/2010
Tempat: No 1, Jalan Abdul Halim Off Jalan Utama
KG Desa Putra,
43000 Kajang

Waktu Operasi Kolam dan Restauran : 7.30 am - 11.30 pm


Lebih senang, berhadapan Masjid A-Iman (Sungai Merab Dalam). Kalau search WWW.WIKIMAPIA.COM , taip di bahagian search tue RnR Desa Putra. Insyallah, leh tgk lokasi tempat ini.

Sekian,

Wassalam.