Pages

BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

*Nama:
*Email Address:
*Telefon No:

UNTUK TEMPAHAN SILA NYATAKAN:

<JENIS KURSUS><BILANGAN PESERTA><BILANGAN HARI>

Tempahan / Pertanyaan:

(* ) ruangan wajib diisi.

Terima kasih kerana berurusan bersama rnrdesaputra.blogspot.com , Pihak kami akan menghubungi anda melalui email @ telefon bagi maklum balas. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

En Jemali: 019 -2365106

En Aswadi : 019-7780382

En Aswan : 019-3136566

Form provided by Freedback.

Thursday, November 25, 2010

KINI DIBUKA

Salam.

Kolam pancing R&R Desaputra kini dibuka semula dan telah beroperasi seperti biasa. Sedikit perubahan telah dilakukan iaitu dimasukkan ikan Talapia Merah, Puyu, Patin dan Udang Galah ke dalam kolam. Bayaran adalah seperti dibawah:

Bayaran adalah RM 3/jam. Untuk pancingan 5 jam keatas adalah dikenakan RM2/jam.

Timbangan hasil pancingan (Talapia, Patin, Puyu, Udang Galah) ialah RM6/kg. ( Murah dari harga pasaran diluar sana !!)


Terima Kasih diatas sokongan anda.

Selamat Memancing

Saturday, October 16, 2010

Perubahan Konsep Kolam Pancing Udang Galah R&R Desaputra

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, kolam pancing udang galah R&R Desaputra akan menukar konsep operasi daripada kolam udang galah kepada kolam pancing udang galah dan ikan. Ini bermaksud, kolam pancing ini akan dimasukkan ikan specis talapia merah dan lain2 untuk kepuasan pemancing. Ini adalah kerana permintaan terhadap udang galah adalah sangat sedikit. Demi memeriahkan suasana, pihak pengurusan telah menukar konsep asal kepada konsep baru seperti diterangkan diatas.

Kolam akan beroperasi semula tentativele pada 1/12/10. Harap maklum.

Ikhlas,

Pengurusan
Sepit Biru Resources

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Hari Raya di R&R Desaputra pada 30/9/2010

Assalamualaikum.

Saudara/Saudari,

Dijemput menghadirkan diri ke majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di R&R Desaputra seperti tarikh tertera diatas. Jamuan ringkas akan diadakan bermula selepas sembahyang maghrib . Pelbagai juadah disediakan untuk kita semua.

Anda dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut sambil berkenal kenalan dan bermaaf maafan.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin dari Warga R&R Desaputra".


Terima Kasih

Thursday, July 29, 2010

PENUTUPAN KOLAM UNTUK PENYELENGGARAAN

Kolam pancing udang galah Desaputra akan ditutup dari tarikh 30/7/2010 sehingga 6/8/2010 untuk tujuan penyelenggaraan. Harap maklum.

Terima Kasih.

Thursday, July 1, 2010

Pekerja Sambilan Diperlukan

Pekerja Sambilan Diperlukan.


Assalamualaikum.

Kepada sesiapa yg ingin menambah pendapatan, kami ada kekosongan jawatan di kolam pancing RnR Desaputra. Kepada yg berminat, sila hubungi saya 019-3136566 (WAN).

Terima kasih.

Saturday, June 19, 2010

Pembukaan Semula R&R Desaputra


Untuk pengetahuan semua, kolam pancing udang Galah R&R Desaputra kini berwajah baru dan telah dibuka semula kepada orang ramai mulai hari ini Sabtu 19/6/2010. Kolam ini pastinya menjanjikan udang galah yg berkualiti untuk dipancing. Rasailah sentapan udang galah di kolam Desaputra.

Selamat Memancingggg...

Wednesday, June 16, 2010

Penutupan Kolam Untuk Penyelenggaraan.

Salam..

Untuk pengetahuan semua, Kolam pancing udang galah R&R Desa Putra ditutup sementara untuk kerja kerja penyelenggaraan bermula dari 15/6/2010 sehingga 18/6/2010. ini adalah untuk memastikan kolam dan servis yg diberikan sentiasa Tip Toppp..

Segala kesulitan amat-amat kami kesali.

Terima Kasih.


Ikhlas,

Pengurusan,
Sepit Biru Resources.

Sunday, May 23, 2010

MAP KOLAM PANCING UDANG GALAH R&R DESA PUTRA



Ni die map ke kolam pancing udang galah R&R Desa Putra..

Datang Jangan Tak Datangggg..

Monday, May 17, 2010

PEMENANG JACK POT BULAN MAY 2010

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..pada 16/5/2010 yang lepas, RnR DesaPutra telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang jackpot untuk bulan May. Seramai 8 pemancing yang telah berjaya mengikut kategori masing masing telah diberikan hadiah berupa hamper. Amat seronok melihat gelagat para pemancing yg telah berjaya. Diharap para pemancing akan terus memberi sokongan kepada kolam RnR Desa Putra. Untuk pengetahuan, pertandingan jack Pot akan diberhentikan buat sementara kerana pihak pengurusan sedang mengemaskini data para pemancing.

Insyallah, acara Jack Pot ini kan diadakan semula pada awal bulan Jun 2010. Penyertaan akan mengikut jumlah udang terberat selama sebulan. Para pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan Julai 2010.

Untuk tatapan bersama, dibawah adalah gambar para pemenang Jack Pot untuk bulan May 2010..Tahniah diucapkan...kepada yang tidak berjaya, diharap terus mencuba...

Kategori Udang Terberat



Pemenang Pertama En Daud



Pemenang Kedua En Ahmad



Pemenang Ketiga En Daud..hebat..hebat..



Pemenang Keempat dan Kelima En Along..pukul habis habisan



Kategori Udang Teringan



Pemenang Pertama En Kutet



Pemenang Kedua En Taufik..bakal menjadi pencabar utama..


Pemenang Ketiga En Along..semua dia nak sapu..hahaha

Terima Kasih.


Pengurusan,
Sepit Biru Resources

Monday, May 3, 2010

Assalamualaikum..

Syukur kehadirat Ilahi, sedar tak sedar Kolam Udang Galah RnR Desa Putra telah beroperasi selama sebulan. Sambutan daripada para pemancing amat menggalakkan. Ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada para pemancing. Sokongan dan pendapat anda amat kami hargai.

Sempena meraikan sokongan daripada pemancing-pemancing, pihak pengurusan Sepit Biru telah bermurah hati menaja hadiah Jack Pot untuk bulan pertama. Hadiah yg disumbangkan ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan sokongan yg diberikan oleh pemancing-pemancing yang setia. Setelah dikumpulkan jumlah hasil pancingan selama sebulan, pihak pengurusan sepit Biru telah memilih lima pemenang mengikut ranking seperti dibawah:

Tempat Pertama: Encik Ahmad.(TV 14 inch)

Tempat Kedua : Encik Daud ( Vacum Cleaner)

Tempat Ketiga : Encik Ijam ( Automatic Thermos)

Tempat KeEmpat: Encik Sam ( Kipas Angin 16 inch)

Tempat KeLima : Encik Along ( Pembakar Roti)


Tempat Pertama: Encik Ahmad.(TV 14 inch)



Tempat Kedua : Encik Daud ( Vacum Cleaner)


Tempat Ketiga : Encik Ijam ( Automatic Thermos). En Daud sebagai wakil penerima hadiah.




Tempat KeEmpat: Encik Sam ( Kipas Angin 16 inch). Wakil menerima hadiah untuk Encik Sam.


Tempat KeLima : Encik Along ( Pembakar Roti). Wakil menerima hadiah untuk Encik Along.


Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada pemancing pemancing yg tidak berjaya, diharapkan anda tidak berputus asa dan terus mencuba. "Belum nasib lagi beb.." Untuk pengetahuan semua, jack pot bagi bulan MEI 2010 akan diadakan mengikut 2 kategori iaitu:

Kategori Pertama: Udang Terberat

Kategori Kedua : Udang Teringan.

Kepada pemancing yg ingin menyertai Jack Pot, mereka harus membayar RM2 bagi setiap kali ingin hasil tangkapan ditimbang. tempoh matang untuk penyertaan adalah 2 minggu. Pemenang-pemenang yg berjaya akan diumumkan pada hari Ahad minggu yg berikutnya.

Akhir sekali, Ucapan Terima Kasih kepada semua. Selamat Memancing!!


Ikhlas daripada,

Pengurusan Sepit Biru

Tuesday, April 13, 2010

Updated:-Terma dan Syarat Memancing di Kolam R&R Desa Putra

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan para pemancing dan rakan taulan yang dihormati, mulai 1/4/2010 kolam pancing udang galah R&R Desa Putra telah meminda terma dan syarat terdahulu bagi menyesuaikan dengan kehendak pelanggan. Komen yang membina, kritikan dan idea idea bernas yg telah disumbangkan oleh rakan pemancing, sahabat handai dan rakan rakan telah diambil kira dan kami amat menghargainya. Diibaratkan kanak kanak yang baru belajar, banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan kami berazam akan terus memberikan perkidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Restoran R&R Desa Putra akan beroperasi sepenuhnya pada 3/5/2010. Pastinya, menu istimewa menanti anda. Jaminan kepuasan untuk pelanggan. Dijemput datang..

Terma dan Syarat terbaru memancing di kolam R&R Desa Putra adalah seperti dibawah:


1) Bermula daripada 1/4/2010, deposit RM30.00 dikenakan bagi setiap joran. Waktu operasi kolam adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang perubahan:

Isnin – Jumaat : 4.00 petang – 1.00 pagi

Sabtu – Ahad : 9.00 pagi – 1.00 pagi

Kaunter akan ditutup 15 minit pada waktu solat Maghrib. Pemancing akan diberikan 15 minit PERCUMA untuk menunaikan solat.

2) Kadar bayaran yang dikenakan untuk sekali masuk adalah seperti dibawah :

1 Jam = RM 15.00

2 Jam = RM 28.00 ( Jimat RM2.00)

3 Jam = RM 40.00 (Jimat RM 5.00)

4 Jam = RM 50.00 (Jimat RM10.00)

Tambahan jam seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 per jam.

3) 8 jam masa terkumpul akan diberikan 1 jam percuma. Syarat pancingan mestilah minimum 4 jam setiap sesi.

4) Pemancing diberikan 5 minit untuk mengemaskan alatan memancing dan “check out”. Bayaran tambahan masa akan dikenakan seperti dibawah:

Pancingan kurang 4 jam:

1 minit – 5 minit : PERCUMA

6 minit – 15 minit : RM 3.50

16 minit – 30 minit : RM 7.00

31 minit – 45 minit : RM 10.50

46 minit ke atas akan dikira 1 Jam penuh.

Pancingan lebih 4 Jam:

1 minit – 5 minit : PERCUMA

6 minit – 15 minit : RM 2.50

16 minit – 30 minit : RM 5.00

31 minit – 45 minit : RM 7.50

46 minit ke atas akan dikira 1 Jam penuh.

5) Pemancing dibenarkan membawa joran sendiri. Joran untuk disewa ada disediakan

RM 2.00/joran. Kumbu disediakan secara PERCUMA. Pemancing perlu memulangkan joran yang

disewa dan kumbu ke kaunter bayaran dalam keadaan baik semasa hendak “Check –Out”.

Pemancing yang menghilangkan atau merosakkan alatan pancing mesti membayar ganti rugi

seperti dibawah:

Joran = RM 10.00

Kumbu = RM 12.00

6) Hanya penggunaan 2 mata kail maksimum dibenarkan. Pemancing yg didapati melanggar

syarat akan diminta beredar dan wang deposit tidak akan dipulangkan.

7) Umpan hati ayam akan disediakan kepada pemancing secara PERCUMA. Umpan tambahan

akan dikenakan bayaran RM0.50/ketul

8) Penggunaan umpan diperbuat daripada BELACAN adalah DILARANG sama sekali.

Pemancing yg melanggar syarat akan diminta beredar dan wang deposit tidak akan dipulangkan.

9) Pemancing yg berjaya menaikkan udang bertanda akan diberikan hadiah seperti di bawah:

Merah : RM50.00

Biru : RM30.00

Kuning: RM10.00

Merah+Biru : Free 3 jam

Biru+Kuning : Free 2 jam

10) Bayaran sebanyak RM 2.00. dikenakan untuk penyertaan Jackpot (berat terkumpul bulanan ). 3 pemenang utama bulanan akan mendapat hadiah istimewa dan akan diumumkan pada hari Sabtu malam minggu pertama bulan berikutnya.

11) Para pemancing tidak dibenarkan turun ke dalam kolam. Sebarang masalah, sila maklumkan kepada kakitangan yang bertugas.

12) Utamakan keselamatan. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang insiden disebabkan kecuaian pemancing dan pelawat. Diharap, para pemancing dapat mengambil berat keselamatan semasa memancing.

SELAMAT MEMANCING

Arahan,

Pengurusan ,

Sepit Biru Resources

SELAMAT MEMANCING....





Monday, March 29, 2010

Sekitar Majlis Pembukaan RnR Desa Putra pada 27/3/2010






Hari Pembukaan RnR Desa Putra pada 27/3/2010

Alhamdulullah..bersyukur kepada hadirat Ilahi kerana dgn iziNya dan rahmatNya, majlis perasmian RnR Desa putra telah dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran amat memberansangkan dan boleh dikatakan diluar jangkaan. Dengan promosi yg agak masih diperingkat awal, para pemancing telah menyerbu kolam pada awal hari seihingga ke lewat malam. Ucapan terima kasih kepada saudara mara, rakan-rakan, sahabat handai, orang kampung dan semestinya kepada para pemancing.

Untuk pengetahuan
, kolam pancing RnR Desa Putra beroperasi seperti dibawah:

Sabtu & Ahad : 8.00 pagi - 1.00 pagi
Isnin- Jumaat : 4.00 petang - 1.00 pagi.

Lokasi: RnR Desa Putra, Sungai Merab Dalam. Berhadapan masjid Al-Iman Desa Putra. 5 minit dari Alamanda Putrajaya.
Coordinates: 2°54'46"N 101°43'28"E

Untuk Keterangan lanjut, sila hubungi:

En Wadi : 019 7780382
En Jemali : 019 2365106
En Wan : 019 3136566


Sekali lagi terima kasih kepada semua..Yg belum menjenguk kolam lagi..jemput laaa....Apa tunggu lagi..




Tuesday, March 23, 2010

Informasi Yang Perlu Tahu Bila Memancing di Kolam Sepit Biru

1) Deposit dikenakan sebanyak RM50.00 per joran yg digunakan untuk memancing.

2) Kadar bayaran yg dikenakan adalah seperti dibawah:

1 Jam = RM 15.00

2 Jam = RM 28.00 ( Jimat RM2.00)

3 Jam = RM 40.00 (Jimat RM 5.00)

4 Jam = RM 50.00 (Jimat RM10.00)

Tambahan jam seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 per jam.


3) Loyalty Package:-Pemancing yang melengkapkan 4 Jam pancingan berterusan layak menerima satu cop pengesahan pada kad keahlian. Pemancing yg telah memenuhkan kad keahlian ( 4 kali pancingan berterusan) akan diberikan 2 jam memancing percuma.

4) Introducer package:- pancingan percuma selama 1 jam kepada pemancing yg membawa hanya 2 orang kawan dengan pancingan minimum 3 jam berterusan.

5) Hadiah menarik menanti untuk pemenang udang bertanda, jackpot dan cabutan bertuah.

6) Umpan hati ayam disediakan secara percuma. Tambahan akan dikenakan bayaran RM2.00 seketul. Umpan perumpun ada dijual..Umpan Belancan, sama sekali dilarang..sila simpan belacan tue untuk kegunaan isteri anda membuat sambal belacan...heheehe

7) Pemancing dibenarkan membawa joran sendiri.Hanya penggunaan kumbu kolam ygang dibenarkan. Penggunaan 2 mata kail maksimum dibenarkan. Pemancing yg didapati melanggar syarat menggunakan mata kail melebihi had yg dibenarkan akan dikenakan denda. Pemancing akan diminta beredar dan deposit RM50.00 tidak akan dipulangkan

8) Joran untuk disewa ada disediakan. Setiap joran yg disewa akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2.00. Penggunaan kumbu daripada kolam tidak akan dikenakan sebarang pembayaran .Pemancing haruslah memulangkan joran yang disewa dan kumbu ke kaunter bayaran dalam keadaan baik semasa hendak “Check –Out”.

9) Yang paling penting..UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA SEMASA MEMANCING.


APA LAGI..MAI LA PANCING DI KOLAM SEPIT BIRU..JOMMM...


Sekian, Terima Kasih.


Sepit Biru.